Assalamualaikum.. Pada entry kali ini, jom kita lihat 9 benda wajib yang mesti
saya bawa kalau bercuti dan melancong ke mana sahaja berdasarkan pengalaman.
Tak kira samaada dalam atau luar negara. Semoga memberi anda idea barangan
apa nak bawa kalau cuti cuti satu Malaysia atau cuti cuti satu dunia.
sumber: prokas.my
Benda ni
memang wajib ada dalam beg kalau nak melancong tambah-tambah lagi kalau nak
buat aktiviti lasak seperti hiking, naik bot atau ketika naik flight/bas. Kalau
pening dan mual boleh ‘lesek’ minyak angin atau vicks di hidung dan dahi. Dan
pastikan ada plastik beg untuk menampung muntah-muntah anda di dalam
bas/flight. Kalau sakit lutut/sendi pula, gunakan ProKas ( bagus benda ni sebab
main spray je).
#2 Plaster
Kalau
berjalan jauh kat tempat orang kadang kadang mesti melecet tumit kaki.
Tambah-tambah kalau pakai kasut baru. Jadi nakkan keselesaan berjalan ketika
kaki melecet, ‘tempek’ saja plaster di tempat yang luka.
#3 Tisu Basah
Kalau
bercuti ke luar negara seperti Vietnam/Jepun, toilet di sana mostly memang
takde wayar pipe nak ‘cebok’. Jadi usah susahkan diri untuk mencari dedaun
kering untuk beristinjak time emergency. Gunalah wet tissue kerana ianya lembut
dan ada wangian aloe vera. Lagi satu, senang nak basuh tangan time
sebelum/selepas makan dan boleh digunakan untuk basahkan muka time waktu
panas.
#4 1x Adapter & 1x plug extension
Mana mungkin
kalau takde benda alah ni kalau nak travel. Dengan adanya extension kita
boleh cas phone, powerbank, laptop, kamera dll dengan serentak. Jimat masa
! Adapter pulak, kalau melancong ke negara seperti US, Indonesia dan Jepun, dia
punya kepala soket lain daripada Malaysia. Jadi beli satu universal adapter US
punya kepala pastu sambungkan dengan extension and walla !
#5 Cooker untuk travel
Kalau ke
luar negara mana ada mapley untuk diterjah malam-malam. Nak cari yg halal pun
belum tentu jumpa.. Jadi kalau tak nak kebuluq kata ko, punggah
travel cooker sekali untuk masak meggi ke, nasi ke, telur ke, sardin ke dan
sebagainya.
#6 PowerBank
Semestinya
wajib ada dalam beg galas kalau travel. Benda ni akan sentiasa berdampingan
dengan anda kemana saja anda pergi sebab ianya penting untuk cas kamera/phone/laptop
dan ianya ringan.
#7 First Aid Kit untuk travel
Cari kotak
ubat yang kecil yang dijual di Tesco pastu bubuhlah ubat-ubatan yang penting
seperti penadol, pembalut, iodin, kain kasa dan sebagainya. Kalau tak buat
sebegini nanti tak teratur. Time emegency nak pakai ubat, satu-satu poket
luggage nak dibukanya cari penadol yang kecil. Benda yang cepat jadi
lambat.
#8 Kamera Digital
Benda ni
memang semua org tahu dah. Malas nak cerita panjang. Pergi melancong
penat-penat pastu tak selfie utk kenang kenangan…?
#9 Teh Uncang
Kalau travel
memang kadang-kadang perut akan meragam. Mungkin kerana makanan atau mungkin
kerana cuaca dan altitud yang sentiasa berubah. Jadi buatkan teh o kelat tanpa
gula yang panas-panas. Mesti hilang rasa perut tidak selesa anda dan rasa nak
tercirit tu.
Semoga tips
travel ini memberi anda sedikit input untuk membawa apa yang penting kalau
bercuti dan melancong kelak. Wassalam.
No comments:
Post a Comment