TAWARAN PENGINAPAN HARI INI

Saturday, April 23, 2016

5 Cara Berjimat Kalau Nak Melancong Dalam Negara

#1 Cari tempat pelancongan yang kurang popular tetapi tetap menarik



Apa nak buat, andai kata anda perlu juga pergi bercuti pada musim cuti penggal sekolah juga, apa kata beralih angin ke tempat menarik di Malaysia yang kurang popular.
Sebenarnya banyak tempat menarik di Malaysia yang underrated tetapi boleh dikatakan destinasi yang sesuai untuk bercuti.
Percutian ke Pulau ? – Kalau sebut pasal bercuti ke pulau, memang tiada tempat lain yang bermain di benak fikiran kita samaada Langkawi, Pangkor, Redang dan Tioman. Memang benar pulau ini cantik tapi ada lagi pulau-pulau lain yang kurang popular tetapi tetap juga cantik seperti:

#2 Pergi bercuti pada bukan masa cuti sekolah/peak season


Seperti yang tersedia maklum, setiap kali cuti penggal sekolah je mesti berduyun-duyun orang berkeluarga nak pergi bercuti. Sebenarnya waktu-waktu sebegini ada kelemahan dia kerana:
  • Harga penginapan hotel lebih mahal daripada hari-hari biasa
  • Harga tiket penerbangan juga melambung tinggi. Tambah-tambah kalau booking last minute.
  • Super duper traffic jam dan semak dengan kenderaan di jalan raya.
  • Kena beratur panjang gile kalau nak lakukan aktiviti pelancongan, contohnya kalau nak naik kereta kabel di Pulau Langkawi, boleh tumbuh janggut jawabnya menunggu giliran.
Jadi kesimpulannya, samaada anda susah nak ambil cuti atau tidak, disarankan sangat-sangat untuk pergi pada hari-hari biasa. Simpan cuti tahunan untuk bercuti dengan keluarga pada bukan musim percutian penggal atau musim kemuncak.

#3 Beli secara online tiket penerbangan selepas waktu malam pada weekday



Tips ini saya sendiri pernah alami ketika membeli tiket pada lewat malam sekitar pukul 1 pagi tetapi pada waktu itu terfikir:
“eh kenapa harga macam murah pulak? semalam macam mahal sedikit. “
Pada awalnya rasa macam “mungkin aku salah lihat kot”, rupa-rupanya memang harga dia jatuh selepas lewat malam. Namun atas nasiblah, kawan-kawan pun ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika membeli tiket online pada waktu lewat malam.
Beli tiket pada hari weekday kerana pada hujung minggu biasanya harga lebih mahal. Kalau anda selalu guna portal Air Asia, mereka ada kemudahan filter untuk mencari tiket yang murah pada hari-hari tertentu.

#4 Tempah penginapan awal lebih jimat


Seperti yang tersedia maklum, kalau anda tempah penginapan lebih awal, harga yang ditawarkan kebiasaannya lebih murah. Salah satu tempat terbaik untuk mencari penginapan dan offer hotel murah adalah di Agoda dan juga Booking.
Alternatif kedua adalah menggunakan Airbnb. Airbnb ini merupakan platform antarabangsa untuk mencari rumah homestay. Namun harus diingatkan, pemilik adalah orang biasa dan bukannya mahir dalam urusan perhotelan.
Jom Baca: Bercuti dengan Airbnb ke luar negara
Sila baca review yang ditinggalkan oleh tetamu yang sudah menginap di situ untuk mengetahui tahap reputasi bakal host anda. Secara amnya, saya sangat cadangkan untuk menggunakan Airbnb sekiranya anda mencari penginapan yang lain daripada di hotel dan inginkan pengalaman seperti berada di rumah.

#5 Lakukan aktiviti percutian yang FREE


Di setiap destinasi pelancongan yang anda lawati, semestinya ada sesuatu tempat menarik yang tidak memerlukan kos langsung. Dan kebanyakan destinasi percutian yang free ini lebih tertumpu kepada kawasan rekreasi seperti pantai, taman rekreasi, taman awam, pesta budaya, air terjun dan juga galeri-galeri awam.
Sila semak di ruangan menu tempat-tempat menarik di setiap negeri di blog ini dan buat kajian sendiri destinasi rekreasi yang percuma yang boleh anda lakukan kelak.
Tips untuk berjimat dengan Airbnb: Sebelum menempah melalui Airbnb, sila PM host tersebut dan mintak diskaun. Kebiasaannya kalau anda seorang yang genuine, mesra dan mempunyai reputasi yang bagus, host tanpa segan silu akan beri diskaun.

Semoga 5 tips bercuti di dalam negara ini akan memberi anda idea apa yang perlukan dilakukan untuk meminimakan pembelanjaan tetapi mendapat kepuasan yang maksima.

No comments:

Post a Comment