Tanggapan
yang salah yang sering diletakkan kalau bercuti ke Kuala Lumpur adalah kos yang
tinggi yang perlu dibelanjakan seperti harga tiket masuk yang mahal
dan sebagainya. Sebenarnya banyak destinasi percutian di KL yang PERCUMA dan
tidak memerlukan tiket bayaran langsung untuk masuk.
Untuk kali
ini, mari kita lihat 12 destinasi menarik di KL yang tidak memerlukan pelancong
untuk membayar apa-apa tiket untuk masuk. Jimat ! Cuma perlu sediakan duit
untuk minyak, tol, makan dan mungkin juga untuk bayaran tempat letak kereta.
Seperti
namanya, destinasi ini menempatkan pelbagai jenis barangan dan memori tentang
sejarah PDRM sejak mula ditubuhkan sehinggalah ke sekarang. Antara koleksi
tarikan antik yang ada yang pasti membuatkan anak-anak teruja adalah kereta
perisai, senjata lama, kereta peronda polis dan sebagainya.
#2 National Textile Museum
Lokasi
muzium ini terletak di dalam Bangunan Sultan Abdul Samad. Muzium ini lebih
tertempu kepada sejarah dan maklumat menarik tentang industri tekstil dan kain
di negara kita. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis informasi dan
barangan lama untuk membuat serta memproses kain secara tradisional.
Kalau nak
tengok duit-duit lama dan klasik yang bertahun mahupun berdekad lama usianya,
sudah tentu muzium ini yang perlu anda datang. Sesuai sangat kalau sebagai
destinasi pilihan untuk para pelajar sekolah yang masih belajar tentang
sejarah. Di sebalik senibina bangunan muzium ini yang cantik, terdapat pelbagai
koleksi dan infografik menarik tentang sejarah matawang negara kita.
#4 Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan
bersejarah yang unik senibinanya ini telah menjadi saksi ketika saat
kemerdekaan negara Malaysia satu ketika dahulu. Bangunan yang masih utuh dan
berusia lebih sedekad ini sering menjadi destinasi pilihan pelancong luar
di KL kerana keunikannya yang tidak ternilai harganya. Pada waktu malam,
suasana ni di sini juga menarik dan meriah dengan sinaran neon lampu yang
melimpahi bangunan ini.
#5 Dataran Merdeka
Siapa tidak
kenal dengan destinasi sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia setiap tahun
di Kuala Lumpur. Di sinilah terletaknya sebatang tiang bendera yang merupakan
yang tertinggi di Malaysia. Sesuai untuk santai-santai bersama kawan-kawan di
padang mahupun untuk bergambar melihat bangunan-bangunan menarik di sekitarnya.
#6 Museum of Asian Art (Muzium Seni Asia)
Muzium ini
telah beroperasi lebih 50 tahun dan menempatkan pelbagai jenis barangan artifak
dari dalam negara dan juga negara Asia yang lain. Antara yang menarik
ialah kepala Buddha gangsa dari era Chiengsen (1400-1550 ), Thailand dan telah
diserahkan kepada muzium ini oleh Kun Krassri Nimanamhasminda pada
tahun 1954.
#7 Taman
Taman buatan
ini sememangnya satu destinasi yang sangat unik untuk dikunjungi. Mana taknya,
kalau nak tahu dibawah taman ini merupakan tempat letak kereta yang
kebiasaannya digunakan untuk mereka yang datang ke Suria KLCC Mall atau yang
berkerja di Menara Berkembar Petronas KLCC. Selain keindahan tasiknya dan landskap
di sini, pengunjung boleh beriadah bersama keluarga kerana terdapat trek jalan
kaki, pondok rehat, air minuman dan pokok-pokok yang menghijau. Pada waktu
malam, limpahan lampu warna warni di tasik ini sememangnya sangat memukau.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguTyMXW2Bt0SvLIrv23VU8feuxaPURg8dM7eMEvUqxNOqXLEDnF16uxRgJnUDSme6O4wjJHFhwk3rgW9dxL27Mxwg_M1upnvPzJs7AMXLvcRwtm3vDY7sRHY6vbZX5VP9RE5G63Ij6wKw/s640/7.jpg)
#8 Hutan Simpan Bukit Nenas ( Taman Eko Rimba KL )
Bagi yang
inginkan tarikan hutan yang semulajadi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur,
satu-satunya destinasi yang boleh anda pergi adalah ke Hutan Simpan Bukit
Nenas. Di sini terdapat canopy walk yang membolehkan pengunjung berjalan
melaluinya untuk menikmati keindahan pokok-pokok dan ungas-ungas di sekitarnya.
#9 Taman Orkid
Bagi yang di
dalam hati ada taman, bolehlah singgah di Taman Orkid ini yang terletak hanya
berhadapan dengan Taman Burung KL. Dalam kawasan yang seluas satu hektar ini,
mereka ada menempatkan pelbagai jenis spesis pokok orkid yang sangat sesuai
untuk bergambar dan santai-santai bersama keluarga mahupun yang tersayang. Anda
juga boleh membeli bunga orkid yang segar bugar yang ada dijual di gerai di
dalam taman ini.
#10 Taman Tasik Titiwangsa
Boleh
dikatakan taman rekreasi bertasik yang paling popular di kalangan warga KL.
Selain terdapat tasik, terdapat juga kemudahan lain seperti trek jalan kaki,
taman permainan kanak-kanak dan sebagainya yang sudah tentu tidak memerlukan
apa-apa bayaran. Antara aktiviti menarik yang unik (berbayar) yang boleh
dilakukan di sini ialah Unexs Waterball dan juga sukan air (paddle boat) di
tasik.
Alang-alang
dah sampai ke Taman Tasik Perdana atau pun mungkin dah melawat Taman Burung KL,
apa kata singgah di taman ini yang sudah tentu menempatkan beberapa haiwan
menarik untuk dilihat seperti rusa dan kancil. Tak perlu ke Zoo Negara yang memerlukan
tiket bayaran kalau setakat nak melihat 2 jenis binatang yang pintar ini.
Apa-apapun, memandangkan ianya percuma, janganlah pula anda membandingkannya
dengan zoo dan taman haiwan lain yang berbayar. Tak sesuai !
#12 Galeri Petronas KLCC
Bagi yang
sukakan seni lukisan apa kata berkunjung ke sini. Nak masuk pun percuma dan di
galeri ini menempatkan banyak hasil karya tempatan yang kreatif dan mempunyai
nilainya yang tersendiri. Karya-karya seni di seni juga ada yang dikategorikan
sebagai media moden dan ada yang dipanggil seni kontemporari. Galeri Petronas
ini terletak di Aras 3 di Suria KLCC dan dibuka dari pagi sehinggalah ke 8
malam.
Walaupun
Kuala Lumpur merupakan bandar yang besar dan moden, namun ada banyak juga
tarikan pelancongan percuma yang tidak kurang menariknya. Dan yang paling
penting, nak masuk ke tempat-tempat ini adalah percuma !
Selain
destinasi di atas, ada beberapa lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang
percuma yang boleh anda kunjungi bersama keluarga untuk cuci-cuci mata seperti
di shopping mall dan juga taman rekreasi awam seperti di Taman
Metropolitan Kepong dan Taman Tasik Permaisuri .
No comments:
Post a Comment