TAWARAN PENGINAPAN HARI INI

Saturday, May 7, 2016

10 TEMPAT MENARIK DI KOTA PARIS

Assalamualaikum....
Bila sebut saja Paris, kita akan gambarkan kota yang romantis atau kota dengan sejuta cinta.  Satu hal lagi yang sangat terkenal dari Paris adalah Emnara Eiffel. Yup, menara yang menjadi salah satu ikon dari negara Perancis ini..Kalo berkesempatan, kota Paris adalah salah satu tempat yang saya idamkan untuk melancong..wink=) Jom berangan jab..

Jom kita ikuti pengalaman dari cuti famili yang bercuti ke kota Paris.... Banyak taw tempat menarik kat sana...



1) The Lourve Museum


Cuaca mendung semasa kami di sana, namun still looks magnificent!

Perkara pertama yang kami lakukan ialah ke Musee du Lourve yang menempatkan potret Monalisa. Dari di Malaysia lagi kitorang dah berangan-angan nak tengok cantik sangat ke wanita tidak berkening itu. Dan alhamdulillah angan-angan kami berjaya terlaksana. Untuk masuk tanpa perlu beratur panjang, kami beli tiket siap-siap di kedai cenderamata muzium yang terletak dalam Carousel of Musee du Lourve (CML). Bangunan CML ini betul2 bersebelahan dengan Musee du Lourve dan ia adalah sebuah shopping complex. Once dah masuk CML, pergi ke food court dan anda akan jumpa kedai cenderatamata tu berdekatan dengan lift. Ohya, jangan lupa try makanan Lebanese di Restoran Salam. Dijamin Halal, inshaAllah. Cuma harganya amat mahal sedikit pada pendapat saya yang tak berapa kaya ni.. huhu..

Kitorang habiskan separuh hari di muzium ini. Muzium ini terlalu besar, memang tak sempat nak masuk semua tempat. Kitorang pastikan dapat tengok  yang glamer2 seperti potret Monalisa, Venus de Milo, Egyptian antiquities (sphnix) dan sejarah tentang muzium itu sendiri. Kebanyakan lukisan/patung/ukiran di muzium ini tidak menutup aurat, yang di bawah dan di atas tidak bertutup langsung! So gambar dalam muzium tak dapat saya tunjukkan atas sebab ketidaksesuaiannya. 


Dalam banyak2 dewan pameran, Monalisa punya paling ramai pengunjung. Kena boloskan diri ke depan untuk tengok potret tu. Kecik je potretnye.. Saya buta seni, so tak nampak pon apa yang menariknya.. haha..



2) Eiffel Tower

Tidak sah ke Paris jika tidak ke Eiffel Tower. Ada yang kata ia hanyalah bangunan besi buruk, so kaitannya dengan cinta dipersoalkan. Tapi pada saya, Eiffel Tower memang ada 'roh'nya tersendiri. Once nampak sahaja kelibatnya dari jauh, dada terus berdegup kencang. Makin dekat, makin laju degupannya. Ia memukau mata yang memandang. Kita leh duduk lepak lama2 sekadar melihatnya. Mungkin sebab itulah pasangan bercinta sukakan Eiffel Tower ni. Sebab ia boleh buat kita rasa happy, seronok, terpaku dan terkesima. 

Kami ke sini dua kali, sekali siang dan sekali lagi pada waktu malam. Ia cantik pada waktu siang, dan lebih menarik pada waktu malam dihiasi lampu2 neon. Pada waktu malam, sejam sekali mereka akan memainkan pertunjukkan cahaya, iaitu pada pukul 8.00pm, 9.00pm, 10.00pm, 11.00pm and 12 midnite.. so don't miss it. Memang cantik! Kami juga ambil kesempatan naik ke atas Eiffel Tower pada waktu malam untuk melihat kecantikan kota Paris dari atas.


Eiffel at day and night

3) Petit Palais and Grand Palais 

Petit Palais (Small Palace) dan Grand Palais (Big Palace) adalah bangunan yang dibina khas sebagai muzium dan exhibition. Bangunan ini berhadapan dengan di antara satu sama lain dan berdekatan dengan Jardins des Champs de Elysees. Dari sini leh berjalan kaki sahaja ke Champs de Elysees.



The Grand Palais.. Ku hanya melihatmu dari jauh... kalau ada rezeki lebih dan masa lebih, inshaAllah nak masuk!

4) Place de la Concorde

Place de la Concorde adalah dataran terbesar di Paris. Antara yang menjadi perhatian di sini ialah obelisk 'Cleopatra Needle' dari Ramses II Temple, Eqypt. Masa tu raja Egypt bagi 3 obelisk kepada pemerintah Perancis, tapi satu je dorang bawa balik. Sebab besar obelisk tu dik non, susah nak anto jejauh tu. Zaman dulu bukannya ada kapal kargo dan barge macam zaman sekarang untuk bawa balik dengan mudah. Juga ada beberapa fountains yang cantik menghiasi tempat ini.


Place de la Concorde

5) Champs de Elysees

Kalau nak rasa shopping macam orang kaya, sila pergi ke Champs de Elysees. Ia adalah sebatang jalan raya sepanjang 2km dimana di kiri kanan tu ada banyak kedai2 mewah, bank dan cafe. Kedai LV berdiri paling mewah kat sini. Majoriti pelancong yang lalu jalan ni memang akan bergambar depan bangunan LV tu. Kitorang berjalan kaki dari Jardin des Champs de Elysees (taman istana yang besar) hinggalah ke Arc de Triomphe. Sakit kaki den berjalan jauh gitu. Tapi sebab nak tengok sendiri apa yang hebat sangat tentang sebatang jalan ni hingga menjadikannya amat glamer di dunia, saya gagahkan juga kaki melangkah. So, hasil dari rondaan di jalan mewah ini, haku hanya dapat sakit kaki dan penat. Nak beli kat situ tak mampu sebab mahal berdengung. Sebenarnya boleh amik metro jika anda tak larat a.k.a malas nak jalan jauh2 dari Place de la Concorde ke sini.


Champs de Elysees adalah jalanraya yang sibuk dengan pelancong dan shoppaholics


6) Arc de Triumphe

Arc de Triumphe ini terletak di tengah-tengah roudabout, so kalu nak gi dekat2 sila ikut underground tunnel ye tuan-puan. Jangan melintas jalan tu sebab ada banyak kereta yang lalu-lalang, suspen tau saya tengok pelancong suka2 je melintas. Arc de Triumphe ni hanyalah sebuah  arca tanda kemenangan yang dibina oleh Napolean pada tahun 1800, tapi yang kelakarnya belum siap lagi arka ni Napolean dah dikalahkan. Siap ada tulis nama2 perang yang depa dah menangi ketika dibawah pemerintahan Napoleon. Kat bawah binaannya terdapat kubur tentera2 yang mati semasa perang dunia pertama dan nama mereka tak diketahui, hence known as the Grave of the Unknown Soldiers. So dorang tanam je reramai kat bawah tu, huhu.. Sebenarnya leh naik kat atas bangunan tu untuk tengok pemandangan kejiranan Charles de Gaulle tu, tapi kitorang tak naik. Maleh aar buang masa, dah naik Eiffel Tower kira dah cukuplah. Tiket masuk Euro9, tapi free je untuk pemegang Paris Pass.


Ramai yang sanggup duk tengah2 jalan semata-mata nak amik gambo berlatar-belakang gate ini (termasuklah kami.. huhu..)

7) Seine River



Pemandangan senja di Seine River  

Sungai ini adalah sungai cinta yang amat popular. Kalau ada masa cubalah naik cruise boat. Sure romantic gilos (i kecewa sebab tak sempat naik naik cruise kat sini). Ada banyak jambatan untuk menyeberangi sungai tu. Apa yang menarik ialah terdapat banyaknya 'love locks' atau pon mangga cinta. Bukan buah mangga yang kita nak makan tu tau, tapi mangga padlock tuu.. Hm, terlalu banyak bergantungan. Salah satu jambatan yang paling disukai dan menjadi mangsa ramai ialah Pont des Art bridge. Dengarnya Kourtney Kardashian pon gantung padlock cintanya dengan suami di sini. 

Semasa saya mengarang entri ni, kebetulan kecoh di berita tentang jambatan Pont des Art yang roboh dek berat love locks yang sudah keterlaluan. Sekarang ni penduduk tempatan nak suh kerajaan banned je tradisi pelancong letak mangga kat situ. Bila difikirkan betul juga tu.. sebab makin lama akan makin berat jambatan tu sebab kena tanggung bebanan besi padlock yang beritu2 lemon tu. Huhu.. tak tahulah kerajaan Perancis akan ban atau tidak. Lom ada kesudahannya lagi.
  8)  Notre Dame

Notre Dame Cathedral ni dekat je ngan apartment kitorang, dalam 5min berjalan dah sampai. Kitorang masuk gak la tengok apa ada kat dalam (sebab masuk free). Tapi kalau nak naik kat atas tower (north tower je pelancong leh access) kena bayar. I'll never pay to enter a religious building, tapi kalau masuk masjid/surau saya akan derma walaupun masuk sentiasa free. Notre Dame Catheral adalah gereja gothic pertama yang di bina di dunia ni. Kalau tak salah dalam tahun 1100an..dah beratus2 tahun umurnya. Bangunannya cantik. Tapi nothing much to do here.. dont waste time lah.
  





Patung nganga-nganga di Notre Dame ni macam pernah kulihat... di mana ye? Owh ya, sebijik seperti di Munich!

Masa tu nampak sorang pakcik tu comot jer, ingatkan pengemis. Kemudiannya pakcik tu bagi burung2 liar kat Notre Dame tu makan.. Biar baju buruk, tapi hati cantik!






9) Restauran Istanbul

Kat Paris ni memang ada banyak restoran. Tapi susah nak pastikan ianya halal. So bila kitorang terjumpa Restoran Istanbul yang ada tanda halal di pintu masuk semasa on the way ke Eiffel Tower,kitorang tak lepaskan peluang. 


Yummy! Memang sodap!

10) La Defense

Bila kita sebut je Paris, ramai yang terbayangkan binaan2 lama yang romantik2 tu.. tapi sebenarnya Paris juga ada bandar moden yang dipanggil La Defense. Kat sini terdapat banyak bangunan2 moden yang tinggi mencakar langit. Kalau masa tak mengizinkan untuk ke La Defense, korang leh tengok dari atas Eiffel Tower. 

 La Defense yang kelihatan dari Eiffel Tower

Sedar tak sedar, percutian kami di Paris sudah berakhir. 3 hari 2 malam terlalu pendek untuk betul2 menghayati kota cinta ni. Biasanya, bila berada di tempat orang, kami lebih tertarik untuk berasimilasi dengan orang tempatan, namun 3 hari tidak cukup untuk itu. Takpelah, kalau ada rezeki mungkin boleh sampai lagi

Uptown Kontena Tarikan Terbaru di Persisiran Pantai Kuala Terengganu

Assalamualaikum, Kali ini saya nak kongsikan suasana malam di Uptown Kontena, tempat tarikan terbaru di Kuala Terengganu ini. Bulan lepas balik Terengganu, kebetulan semua adik beradik suami balik, mak mertua syorkan makan kat Dapo Pata yang ngah femes di Ganu..Apakah??
Memang syok tengok Uptown Kontena, tempat bersantai terbaru di Kuala Terengganu ini. Kontena-kontena yang menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman di Uptown Kontena ini dinamakan sebagai Dapo Pata yang bermaksud dapur pantai.
Uptown Kontena ini terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu atau lebih spesifik di kawasan pesisiran lagun Kampung Pantai, Tok Jembal. Ia beroperasi dari jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi setiap hari.
Kalau anda pernah pergi bermandi-manda di satu kawasan yang seperti lagun buatan di Tok Jembal di mana sebahagiannya dilindungi binaan batu-batu dan membentuk seperti kolam, dan terdapat gerai makan dan tempat nelayan jual ikan segar, Uptown Kontena berjiran dengan kawasan itu.
Melihatkan suasananya yang sebegini, Uptown Kontena menawarkan kelainan buat kaki-kaki pantai, beach boys, kaki-kaki hipster dan juga family man yang mahu bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil dibuai angin pantai Laut China Selatan.
Oh ya! Uptown Kontena ini baru dibuka dan ia masih dalam proses kemasukanvendors yang akan berniaga di sana. Pihak pengurusan Uptown Kontena juga membuka peluang kepada ahli muzik, pelukis, pemain api atau ular, ahli silap mata, ahli seni belon dan sesiapa sahaja yang berbakat dijemput membuat persembahan di situ.
uptown kontena 02
uptown kontena 01
uptown kontena 03
uptown kontena 04
uptown kontena 05
uptown kontena 06
uptown kontena 07
uptown kontena 08
uptown kontena 09
uptown kontena 10
uptown kontena 11
uptown kontena 12
Selamat berlibur dan berhibur di Uptown Kontena.
cdt to : Amazing terengganu

12 Destinasi Menarik di Kuala Lumpur yang PERCUMA untuk dilawati

Tanggapan yang salah yang sering diletakkan kalau bercuti ke Kuala Lumpur adalah kos yang tinggi yang perlu dibelanjakan seperti harga tiket masuk yang mahal dan sebagainya. Sebenarnya banyak destinasi percutian di KL yang PERCUMA dan tidak memerlukan tiket bayaran langsung untuk masuk.

Untuk kali ini, mari kita lihat 12 destinasi menarik di KL yang tidak memerlukan pelancong untuk membayar apa-apa tiket untuk masuk. Jimat ! Cuma perlu sediakan duit untuk minyak, tol, makan dan mungkin juga untuk bayaran tempat letak kereta.

#1 Muzium Polis Diraja Malaysia

Seperti namanya, destinasi ini menempatkan pelbagai jenis barangan dan memori tentang sejarah PDRM sejak mula ditubuhkan sehinggalah ke sekarang. Antara koleksi tarikan antik yang ada yang pasti membuatkan anak-anak teruja adalah kereta perisai, senjata lama, kereta peronda polis dan sebagainya.


#2 National Textile Museum

Lokasi muzium ini terletak di dalam Bangunan Sultan Abdul Samad. Muzium ini lebih tertempu kepada sejarah dan maklumat menarik tentang industri tekstil dan kain di negara kita. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis informasi dan barangan lama untuk membuat serta memproses kain secara tradisional.


 #3 Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery


Kalau nak tengok duit-duit lama dan klasik yang bertahun mahupun berdekad lama usianya, sudah tentu muzium ini yang perlu anda datang. Sesuai sangat kalau sebagai destinasi pilihan untuk para pelajar sekolah yang masih belajar tentang sejarah. Di sebalik senibina bangunan muzium ini yang cantik, terdapat pelbagai koleksi dan infografik menarik tentang sejarah matawang negara kita.




#4 Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan bersejarah yang unik senibinanya ini telah menjadi saksi ketika saat kemerdekaan negara Malaysia satu ketika dahulu. Bangunan yang masih utuh dan berusia lebih sedekad ini sering  menjadi destinasi pilihan pelancong luar di KL kerana keunikannya yang tidak ternilai harganya. Pada waktu malam, suasana ni di sini juga menarik dan meriah dengan sinaran neon lampu yang melimpahi bangunan ini.


#5 Dataran Merdeka

Siapa tidak kenal dengan destinasi sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia setiap tahun di Kuala Lumpur. Di sinilah terletaknya sebatang tiang bendera yang merupakan yang tertinggi di Malaysia. Sesuai untuk santai-santai bersama kawan-kawan di padang mahupun untuk bergambar melihat bangunan-bangunan menarik di sekitarnya.


#6 Museum of Asian Art (Muzium Seni Asia)

Muzium ini telah beroperasi lebih 50 tahun dan menempatkan pelbagai jenis barangan artifak dari dalam negara dan juga negara Asia yang lain. Antara yang menarik ialah kepala Buddha gangsa dari era Chiengsen (1400-1550 ), Thailand dan telah diserahkan kepada muzium ini oleh Kun Krassri Nimanamhasminda pada tahun 1954.



#7 Taman 


Taman buatan ini sememangnya satu destinasi yang sangat unik untuk dikunjungi. Mana taknya, kalau nak tahu dibawah taman ini merupakan tempat letak kereta yang kebiasaannya digunakan untuk mereka yang datang ke Suria KLCC Mall atau yang berkerja di Menara Berkembar Petronas KLCC. Selain keindahan tasiknya dan landskap di sini, pengunjung boleh beriadah bersama keluarga kerana terdapat trek jalan kaki, pondok rehat, air minuman dan pokok-pokok yang menghijau. Pada waktu malam, limpahan lampu warna warni di tasik ini sememangnya sangat memukau.




#8 Hutan Simpan Bukit Nenas ( Taman Eko Rimba KL )

Bagi yang inginkan tarikan hutan yang semulajadi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, satu-satunya destinasi yang boleh anda pergi adalah ke Hutan Simpan Bukit Nenas. Di sini terdapat canopy walk yang membolehkan pengunjung berjalan melaluinya untuk menikmati keindahan pokok-pokok dan ungas-ungas di sekitarnya.


#9 Taman Orkid

Bagi yang di dalam hati ada taman, bolehlah singgah di Taman Orkid ini yang terletak hanya berhadapan dengan Taman Burung KL. Dalam kawasan yang seluas satu hektar ini, mereka ada menempatkan pelbagai jenis spesis pokok orkid yang sangat sesuai untuk bergambar dan santai-santai bersama keluarga mahupun yang tersayang. Anda juga boleh membeli bunga orkid yang segar bugar yang ada dijual di gerai di dalam taman ini.


#10 Taman Tasik Titiwangsa

Boleh dikatakan taman rekreasi bertasik yang paling popular di kalangan warga KL. Selain terdapat tasik, terdapat juga kemudahan lain seperti trek jalan kaki, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya yang sudah tentu tidak memerlukan apa-apa bayaran. Antara aktiviti menarik yang unik (berbayar) yang boleh dilakukan di sini ialah Unexs Waterball dan juga sukan air (paddle boat) di tasik.



 #11 Taman Rusa dan Kancil

Alang-alang dah sampai ke Taman Tasik Perdana atau pun mungkin dah melawat Taman Burung KL, apa kata singgah di taman ini yang sudah tentu menempatkan beberapa haiwan menarik untuk dilihat seperti rusa dan kancil. Tak perlu ke Zoo Negara yang memerlukan tiket bayaran kalau setakat nak melihat 2 jenis binatang yang pintar ini. Apa-apapun, memandangkan ianya percuma, janganlah pula anda membandingkannya dengan zoo dan taman haiwan lain yang berbayar. Tak sesuai !


#12 Galeri Petronas KLCC

Bagi yang sukakan seni lukisan apa kata berkunjung ke sini. Nak masuk pun percuma dan di galeri ini menempatkan banyak hasil karya tempatan yang kreatif dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Karya-karya seni di seni juga ada yang dikategorikan sebagai media moden dan ada yang dipanggil seni kontemporari. Galeri Petronas ini terletak di Aras 3 di Suria KLCC dan dibuka dari pagi sehinggalah ke 8 malam.

Walaupun Kuala Lumpur merupakan bandar yang besar dan moden, namun ada banyak juga tarikan pelancongan percuma yang tidak kurang menariknya. Dan yang paling penting, nak masuk ke tempat-tempat ini adalah percuma !



Selain destinasi di atas, ada beberapa lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang percuma yang boleh anda kunjungi bersama keluarga untuk cuci-cuci mata seperti di shopping mall dan juga taman rekreasi awam seperti di Taman Metropolitan Kepong dan Taman Tasik Permaisuri . 


Saturday, April 23, 2016

5 Cara Berjimat Kalau Nak Melancong Dalam Negara

#1 Cari tempat pelancongan yang kurang popular tetapi tetap menarik



Apa nak buat, andai kata anda perlu juga pergi bercuti pada musim cuti penggal sekolah juga, apa kata beralih angin ke tempat menarik di Malaysia yang kurang popular.
Sebenarnya banyak tempat menarik di Malaysia yang underrated tetapi boleh dikatakan destinasi yang sesuai untuk bercuti.
Percutian ke Pulau ? – Kalau sebut pasal bercuti ke pulau, memang tiada tempat lain yang bermain di benak fikiran kita samaada Langkawi, Pangkor, Redang dan Tioman. Memang benar pulau ini cantik tapi ada lagi pulau-pulau lain yang kurang popular tetapi tetap juga cantik seperti:

#2 Pergi bercuti pada bukan masa cuti sekolah/peak season


Seperti yang tersedia maklum, setiap kali cuti penggal sekolah je mesti berduyun-duyun orang berkeluarga nak pergi bercuti. Sebenarnya waktu-waktu sebegini ada kelemahan dia kerana:
  • Harga penginapan hotel lebih mahal daripada hari-hari biasa
  • Harga tiket penerbangan juga melambung tinggi. Tambah-tambah kalau booking last minute.
  • Super duper traffic jam dan semak dengan kenderaan di jalan raya.
  • Kena beratur panjang gile kalau nak lakukan aktiviti pelancongan, contohnya kalau nak naik kereta kabel di Pulau Langkawi, boleh tumbuh janggut jawabnya menunggu giliran.
Jadi kesimpulannya, samaada anda susah nak ambil cuti atau tidak, disarankan sangat-sangat untuk pergi pada hari-hari biasa. Simpan cuti tahunan untuk bercuti dengan keluarga pada bukan musim percutian penggal atau musim kemuncak.

#3 Beli secara online tiket penerbangan selepas waktu malam pada weekday



Tips ini saya sendiri pernah alami ketika membeli tiket pada lewat malam sekitar pukul 1 pagi tetapi pada waktu itu terfikir:
“eh kenapa harga macam murah pulak? semalam macam mahal sedikit. “
Pada awalnya rasa macam “mungkin aku salah lihat kot”, rupa-rupanya memang harga dia jatuh selepas lewat malam. Namun atas nasiblah, kawan-kawan pun ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika membeli tiket online pada waktu lewat malam.
Beli tiket pada hari weekday kerana pada hujung minggu biasanya harga lebih mahal. Kalau anda selalu guna portal Air Asia, mereka ada kemudahan filter untuk mencari tiket yang murah pada hari-hari tertentu.

#4 Tempah penginapan awal lebih jimat


Seperti yang tersedia maklum, kalau anda tempah penginapan lebih awal, harga yang ditawarkan kebiasaannya lebih murah. Salah satu tempat terbaik untuk mencari penginapan dan offer hotel murah adalah di Agoda dan juga Booking.
Alternatif kedua adalah menggunakan Airbnb. Airbnb ini merupakan platform antarabangsa untuk mencari rumah homestay. Namun harus diingatkan, pemilik adalah orang biasa dan bukannya mahir dalam urusan perhotelan.
Jom Baca: Bercuti dengan Airbnb ke luar negara
Sila baca review yang ditinggalkan oleh tetamu yang sudah menginap di situ untuk mengetahui tahap reputasi bakal host anda. Secara amnya, saya sangat cadangkan untuk menggunakan Airbnb sekiranya anda mencari penginapan yang lain daripada di hotel dan inginkan pengalaman seperti berada di rumah.

#5 Lakukan aktiviti percutian yang FREE


Di setiap destinasi pelancongan yang anda lawati, semestinya ada sesuatu tempat menarik yang tidak memerlukan kos langsung. Dan kebanyakan destinasi percutian yang free ini lebih tertumpu kepada kawasan rekreasi seperti pantai, taman rekreasi, taman awam, pesta budaya, air terjun dan juga galeri-galeri awam.
Sila semak di ruangan menu tempat-tempat menarik di setiap negeri di blog ini dan buat kajian sendiri destinasi rekreasi yang percuma yang boleh anda lakukan kelak.
Tips untuk berjimat dengan Airbnb: Sebelum menempah melalui Airbnb, sila PM host tersebut dan mintak diskaun. Kebiasaannya kalau anda seorang yang genuine, mesra dan mempunyai reputasi yang bagus, host tanpa segan silu akan beri diskaun.

Semoga 5 tips bercuti di dalam negara ini akan memberi anda idea apa yang perlukan dilakukan untuk meminimakan pembelanjaan tetapi mendapat kepuasan yang maksima.

Saturday, March 26, 2016

9 Benda Wajib Saya Bawa Kalau Bercuti & Melancong



Assalamualaikum.. Pada entry kali ini, jom kita lihat 9 benda wajib yang mesti saya bawa kalau bercuti dan melancong ke mana sahaja berdasarkan pengalaman. Tak kira samaada dalam atau luar negara. Semoga memberi anda idea barangan apa nak bawa kalau cuti cuti satu Malaysia atau cuti cuti satu dunia.

#1 Minyak angin cap kapak/vicks, plastik muntah dan Prokas

sumber: prokas.my

Benda ni memang wajib ada dalam beg kalau nak melancong tambah-tambah lagi kalau nak buat aktiviti lasak seperti hiking, naik bot atau ketika naik flight/bas. Kalau pening dan mual boleh ‘lesek’ minyak angin atau vicks di hidung dan dahi. Dan pastikan ada plastik beg untuk menampung muntah-muntah anda di dalam bas/flight. Kalau sakit lutut/sendi pula, gunakan ProKas ( bagus benda ni sebab main spray je).


#2 Plaster 
Kalau berjalan jauh kat tempat orang kadang kadang mesti melecet tumit kaki. Tambah-tambah kalau pakai kasut baru. Jadi nakkan keselesaan berjalan ketika kaki melecet, ‘tempek’ saja plaster di tempat yang luka.


#3 Tisu Basah
Kalau bercuti ke luar negara seperti Vietnam/Jepun, toilet di sana mostly memang takde wayar pipe nak ‘cebok’. Jadi usah susahkan diri untuk mencari dedaun kering untuk beristinjak time emergency. Gunalah wet tissue kerana ianya lembut dan ada wangian aloe vera. Lagi satu, senang nak basuh tangan time sebelum/selepas makan dan boleh digunakan untuk basahkan muka time waktu panas. 


#4 1x Adapter & 1x plug extension 
Mana mungkin kalau takde benda alah ni kalau nak travel. Dengan adanya extension kita boleh cas phone, powerbank, laptop, kamera dll dengan serentak. Jimat masa ! Adapter pulak, kalau melancong ke negara seperti US, Indonesia dan Jepun, dia punya kepala soket lain daripada Malaysia. Jadi beli satu universal adapter US punya kepala pastu sambungkan dengan extension and walla !


#5 Cooker untuk travel
Kalau ke luar negara mana ada mapley untuk diterjah malam-malam. Nak cari yg halal pun belum tentu jumpa.. Jadi kalau tak nak kebuluq kata ko, punggah travel cooker sekali untuk masak meggi ke, nasi ke, telur ke, sardin ke dan sebagainya.


#6  PowerBank
Semestinya wajib ada dalam beg galas kalau travel. Benda ni akan sentiasa berdampingan dengan anda kemana saja anda pergi sebab ianya penting untuk cas kamera/phone/laptop dan ianya ringan.


#7  First Aid Kit untuk travel
Cari kotak ubat yang kecil yang dijual di Tesco pastu bubuhlah ubat-ubatan yang penting seperti penadol, pembalut, iodin, kain kasa dan sebagainya. Kalau tak buat sebegini nanti tak teratur. Time emegency nak pakai ubat, satu-satu poket luggage nak dibukanya cari penadol yang kecil. Benda yang cepat jadi lambat. 


#8 Kamera Digital
Benda ni memang semua org tahu dah. Malas nak cerita panjang. Pergi melancong penat-penat pastu tak selfie utk kenang kenangan…?


#9 Teh Uncang 
Kalau travel memang kadang-kadang perut akan meragam. Mungkin kerana makanan atau mungkin kerana cuaca dan altitud yang sentiasa berubah. Jadi buatkan teh o kelat tanpa gula yang panas-panas. Mesti hilang rasa perut tidak selesa anda dan rasa nak tercirit tu. 

Semoga tips travel ini memberi anda sedikit input untuk membawa apa yang penting kalau bercuti dan melancong kelak. Wassalam.